Thursday, 24 May 2012

Segmen Pesan PaK Su: Masa Berlalu..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Apa khabar tamu Laman PaK Su seluruhnya? Moga sentiasa sihat hendaknya dan gembira bersama keluarga dan rakan - rakan.

Bertemu lagi kita di Ruangan Pesan PaK Su di Malam Jumaat. Masa terasa pantas berlalu, sedar tidak sedar kita sudah berada dihujung bulan Mei.



Kali ini segmen PaK Su nak mengupas mengenai Masa. Tamu Laman PaK Su yang dikasihi sekalian adakah kita semua tahu bahawa perkara apakah yang paling jauh dengan kita?

Jika ditanya pada setiap orang pasti ada yang akan menjawab

"paling jauh ialah perjalanan ke Planet Pluto"
"paling jauh ialah perjalanan keluar dari Galaksi Bimasakti"



Pasti kita teruja dengan jawapan - jawapan yang diberi dan sememangnya ia benar - benar jauh. Namun PaK Su nak ulas bahawa perkara yang teramat jauh sehinggakan tidak mampu sesuatu makhluk pun di dunia ini untuk mengejar / mencapainya kembali ialah MASA YANG BERLALU.



Lebih seronok lagi, nanti ada yang akan cakap dalam "Filem Back To The Future" boleh je balik ke masa lepas. PaK Su senang je kalau nak jawab, "dalam filem orang mati pun boleh bangun berlari."



Berbalik pada tajuk, sememangnya masa adalah yang paling  jauh dengan kita. Masa semalam, sewaktu kita sedang bersukan tidak akan dapat kita capai kembali. Malah masa sesaat yang berlalu pun kita tak mampu kejar. yang pastinya masa akan terus berlalu tanpa menunggu kita.


Justeru, PaK Su menyeru tamu Laman PaK Su dan diri PaK Su sendiri supaya memanfaatkan masa sebaik mungkin. Biarlah masa yang berlalu itu diisi dengan kegiatan yang memberi faedah kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Kita renung sejenak Kalam Allah,

"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan - pesan dengan kebenaran serta berpesan - pesan dengan sabar." (Al-Asr : 1-3)




1 comment: