Thursday, 5 July 2012

Segmen Pesan Pak Su : Khinzir Digunakan Secara Menyeluruh.

Assalamualaikum & Salam sejahtera.


Apa khabar tamu Laman Paksu sekalian? Moga sihat sejahtera hendaknya disamping keluarga tersayang. Bertemu lagi kita dalam segmen Pesan Paksu di malam Jumaat kali ini.

Malam ini Pak Su berkongsi artikel yang dibaca dari internet supaya dapat diteliti oleh tamu Laman Pak Su.

Khinzir dan Keturunannya Mungkin anda tidak tahu dan terlepas pandang. Khinzir ni macam pokok kelapa semua bahagiannya boleh digunakan.



Bulunya digunakan untuk membuat berus gigi, berus biskut, berus lukisan,tepung berprotein tinggi dan jekat bulu.

Kulitnya boleh dibuat beg tangan,dompet,kasut dan jaket kulit. Kulitnya juga boleh menghasilkan kolagen elok untuk kulit.

Awas banyak produk kosmetik di pasaran menggunakan kolagen. Pastikan sumber kolagen yang halal.

Tulangnya boleh menghasilkan Kalsium dan Fosforus yang digunakan dalam industri Ubat Gigi dan susu.Tulangnya juga boleh menghasilkan gelatin yang murah.

Berhati-hati dengan jellly, agar-agar dan kek yang bukan keluaran orang Islam. Kek buatan orang Islam pun kadang-kadang menggunakan bahan yang sama sebab dia tak tau. Tulangnya juga boleh mnghasilkan Emulsifier yang banyak digunakan dalam Yogurt, Ais Krim dan mentega.



Juga dijadikan penstabil makanan dan Jus,Margerin dan minuman. Kita kena berhati-hati Darahnya digunakan dalam sosej (belilah sosej halal sahaja lupakan yang lain)

Vaksin (Baca dalam Kosmo Keluaran 9/4/2009 sumber babi digunakan dalam ubat jantung), Tablet dan media fermentasi.Kena lihat betul-betul.

Lemaknya banyak digunakan dalam industri susu (baca label ada tulis wei powder), kosmetik, perasa dan pewarna tambahan, shortening (banyak digunakan dalam kek), Roti dan biskut. Lemaknya juga boleh menghasilkan minyak masak, snek,mee dan perisa tambahan. 

Organnya seperti hempedu menghasilkan makanan tambahan, Pankreas sumber insulin termurah dipasaran ( berhati-hati pengidap kencing manis yang menggunakan suntikan). Usus digunakan sebagai sarung sosej.

Itu baru sikit sebenarnya banyak lagi. Berhati-hatilah, pastikan kita tidak terguna atau termakan. Semoga kita tidak tersalah pilih.

Thursday, 14 June 2012

Segmen Pesan PaK Su: Rokok Membawa Mudarat.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Apa khabar tamu Laman PaK Su sekalian. PaK Su doakan semoga semuanya sihat sejahtera bersama keluarga
tercinta.

Segmen pesan PaK Su malam jumaat ini mengulas mengenai tajuk yang tak sudah - sudah dibicara oleh ramai individu mahupun pihak - pihak berwajib iaitu mengenai ROKOK.



Ada pihak yang berhujah merokok itu makruh ada juga yang menyatakan haram. Tidak kurang juga ada yang menyatakan harus dan dengan berseloroh menyatakan hukumnya sunat dan halal. Pastinya mereka ini adalah golongan perokok yang sangat kritikal.



 Tamu Laman PaK Su sekalian,

PaK Su ingin menyatakan pendirian PaK Su bahawa hukum merokok adalah HARAM dan menyamai ia seperti haramnya memakan babi, haramnya meminum arak, haramnya memakan bangkai (haiwan tidak sembelih). Pendapat PaK Su ini bersesuaian dengan pandangan majoriti jumhur ulamak dan pakar - pakar perubatan di seluruh dunia.

   

 
Berikut PaK Su sertakan link - link majlis fatwa yang jelas menerangkan maksudnya yang tersendiri. Wallahualam.

Moga Allah pelihara kita semua dari perkara haram.


 
 
 

Tuesday, 12 June 2012

Pelaburan ASB dan hukumnya..

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Apa khabar tamu Laman Paksu yang selalu Pak Su rindui. Moga sentiasa sihat hendaknya dan bergembira dengan kegiatan harian yang pastinya amat menyeronokkan.

Paksu berkesempatan berjalan - jalan ke beberapa bank di negara kita dan ada antara bank yang menawarkan pinjaman untuk pelaburan ASB. Justeru PakSu terpanggil untuk berkongsi fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor yang bertarikh 12 April 2011 yang menerangkan maksudnya yang tersendiri.

Berikut PaK Su sertakan lampiran Keputusan Fatwa yang telah diwartakan.


Tarikh Keputusan: 12 Apr, 2011
Keputusan:

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-
  1. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:
    ما اجتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام الحلالMaksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ”
  2. Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
  3. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.
 
 
PaK Su sekadar berkongsi ilmu. Moga kita terpelihara daripada yang haram.  

Thursday, 24 May 2012

Segmen Pesan PaK Su: Masa Berlalu..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Apa khabar tamu Laman PaK Su seluruhnya? Moga sentiasa sihat hendaknya dan gembira bersama keluarga dan rakan - rakan.

Bertemu lagi kita di Ruangan Pesan PaK Su di Malam Jumaat. Masa terasa pantas berlalu, sedar tidak sedar kita sudah berada dihujung bulan Mei.



Kali ini segmen PaK Su nak mengupas mengenai Masa. Tamu Laman PaK Su yang dikasihi sekalian adakah kita semua tahu bahawa perkara apakah yang paling jauh dengan kita?

Jika ditanya pada setiap orang pasti ada yang akan menjawab

"paling jauh ialah perjalanan ke Planet Pluto"
"paling jauh ialah perjalanan keluar dari Galaksi Bimasakti"



Pasti kita teruja dengan jawapan - jawapan yang diberi dan sememangnya ia benar - benar jauh. Namun PaK Su nak ulas bahawa perkara yang teramat jauh sehinggakan tidak mampu sesuatu makhluk pun di dunia ini untuk mengejar / mencapainya kembali ialah MASA YANG BERLALU.



Lebih seronok lagi, nanti ada yang akan cakap dalam "Filem Back To The Future" boleh je balik ke masa lepas. PaK Su senang je kalau nak jawab, "dalam filem orang mati pun boleh bangun berlari."



Berbalik pada tajuk, sememangnya masa adalah yang paling  jauh dengan kita. Masa semalam, sewaktu kita sedang bersukan tidak akan dapat kita capai kembali. Malah masa sesaat yang berlalu pun kita tak mampu kejar. yang pastinya masa akan terus berlalu tanpa menunggu kita.


Justeru, PaK Su menyeru tamu Laman PaK Su dan diri PaK Su sendiri supaya memanfaatkan masa sebaik mungkin. Biarlah masa yang berlalu itu diisi dengan kegiatan yang memberi faedah kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Kita renung sejenak Kalam Allah,

"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan - pesan dengan kebenaran serta berpesan - pesan dengan sabar." (Al-Asr : 1-3)




Monday, 21 May 2012

PaK Su Kongsi Kehebatan Warna

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Semoga sekalian tamu Laman Paksu sentiasa ceria dan sihat selalu.

Disamping kerja yang kita sering buat setiap hari, PaK Su pasti kita pernah mengalami tekanan dan rasa letih. Ini normal kerana kita hanya manusia biasa.

Justeru, PaK Su nak kongsi ilmu yang Pak su jumpa di internet ni untuk tatapan anda semua. (Sumber Internet)

Kehebatan Warna





HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA



WARNA: MERAHKajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA 


WARNA: BIRU Anda rasa tertekan? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah “screen saver” computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang.


ELAKKAN INSOMNIA (SUSAH TIDUR) 

WARNA: MERAH JAMBU
 Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. ~ Suasana yang romantik…


CERIAKAN MOOD ANDA 

WARNA: JINGGA
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.
(Sebab itu Warna Blog PaK Su Jingga)


LENYAPKAN KELETIHAN


WARNA: HIJAU Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan. 

Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Apa Khabar sekalian tamu laman PaK Su hari ini?
Moga sentiasa sihat dan berbahagia selalu tidak kira dimana jua anda berada.

Hari ini, 16 Mei 2012 PaK Su suka ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru - guru PaK Su sejak dari bangku sekolah hinggalah PaK Su kini di kerusi empuk dunia pekerjaan.



Guru merupakan insan yang sangat mulia tarafnya di mata masyarakat begitu juga di sisi Allah. Keringat yang dicurah mendidik anak bangsa tidak pernah diminta balas.

Hari ini PaK Su nak menyatakan rasa Terima Kasih yang tidak terhingga pada Guru PaK Su yang disayangi selalu iaitu YM Tn Guru Syeikh Haji Md Radzi Haji Hanafi, Pewaris Mutlak Silat Cekak yang juga merupakan Guru Utama Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia.

YM Tn Guru Syeikh Haji Md Radzi Hj Hanafi


PaK Su juga nak kongsi berita yang baru - baru ini amat membanggakan seluruh Pengamal Silat Cekak Hanafi di Malaysia dan seluruh dunia.

Berikut petikan berita: Sumber SilatCekakHanafi.Org

Kuala Lumpur 12 Mei – YM Syeikh Hj Md Radzi bin Hj Hanafi telah dianugerahkan MERIT OF EXCELLENCE daripada Asia Pacific Open University of Martial Arts ( APACMA) Kuala Lumpur. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Naib Canselor Asia Pacific Open Universiti, Prof Dr. Abang Zainal bin Abang Abdul Latif.


Anugerah Merit of Excellence


YM Syeikh Hj Md Radzi menerima penghormatan tersebut dalam satu Majlis Makan Malam Menghargai Guru Seni Beladiri dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman anjuran Asia Pacific Open University of Martial Arts (APACMA) bertempat di Saloma Theater Restaurant, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Menandatangani Memorandum Persefahaman


YM Syeikh Hj Md Radzi menerima anugerah tersebut sebagai mengiktiraf penglibatan dan sumbangan beliau sebagai pemimpin silat dan beladiri yang banyak memainkan peranan di dalam pembangunan beladiri serta mengekalkan warisan bangsa.

Anugerah Penghargaan oleh Dato' Seri Utama Dr. Mohamad Fairus Khairuddin


Di dalam majlis yang sama, YM Syeikh Hj Md Radzi juga telah menerima watikah perlantikan sebagai ahli senat Asia Pacific Open University of Martial Arts.(APACMA). Beliau juga mewakili Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Ustaz Hanafi) menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama antara APACMA dan ahli gabungan.

Ahli Senat APACMA


Turut hadir di dalam majlis tersebut Dr Zam Ab.Razak Hj Zamri, Ketua Pegawai Eksekutif APACMA dan Dato’ Seri Utama Dr. Mohamad Fairus Khairuddin, Ketua Majlis Senat APACMA.

Seramai 148 guru-guru beladiri dan wakil persatuan masing masing telah hadir memeriahkan majlis tersebut serta menerima sijil penghargaan di atas usaha mengembangkan beladiri di negara ini.



Monday, 14 May 2012

Hukum Sambutan Hari Ibu..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar tamu Laman PaK Su sekalian? Moga sentiasa sihat dan berbahagia selalu disamping keluarga yang tersayang.

Penulisan PaK Su kali ini ingin menyentuh berkaitan isu yang hangat dibincangkan di laman sosial dan sering disambut menjelang bulan Mei di negara kita. Yang PaK Su maksudkan tak lain tak bukan ialah Sambutan Hari Ibu.


PaK Su cuma nak ambil kesempatan untuk kongsi pendapat dari Ustaz Azhar Idrus. Moga dapat beroleh manfaat.



Ustaz Azhar Idrus Dalam Menyambut Hari Ibu

Ustaz azhar mengatakan HARAM sambut hari ibu kerana sejarah hari ibu disambut itu berasal dari sambutan kristian tanda penghormatan kepada Mother Of Churh iaitu ketua segala gereja.

Ustaz azhar idrus juga menyatakan satu sabda nabi s.a.w yang bermaksud :
Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga.
Para sahabat nabi bertanya: 
Wahai Rasulullah, apakah mereka itu orang-orang yahudi dan Nasrani?
Jawab baginda Rasulullah: Kalau bukan mereka, siapa lagi?
(Hadis riwayat Abu Said al Khudri )

 Pandangan Peribadi PaK Su.

Hari ibu adalah pada setiap hari. Kasih sayang anak tidak boleh ditunjukkan hanya pada satu hari sahaja.


Justeru, PaK Su menyeru segenap tamu Laman PaK Su supaya dapat mempertimbangkan untuk mengadakan sambutan hari Ibu bukan hanya pada satu hari tapi setiap hari, setiap tahun, sepanjang hayat.

Moga Allah kurnia keselamatan dan kasih sayang kepada IBU PaK Su dan semua IBU - IBU di seluruh pelusuk Alam.

Thursday, 10 May 2012

Segmen PeSan PaK Su.. Gembira Berkeluarga.


Asslamualaikum & Salam Sejahtera..

Apa khabar tamu Laman PaK Su hari ini? PaK Su doakan semuanya sihat dan gembira bersama keluarga tidak kira dimana anda berada.

Malam ini, malam Jumaat 10 Mei 2012, PaK Su nak umumkan satu segmen khas yang akan berterusan InsyaAllah iaitu "Segmen PeSan PaK Su". Segmen ini akan PaK Su usahakan untuk dikeluarkan pada malam Jumaat setiap minggu / sekurang - kurangnya 2 kali sebulan berkuatkuasa malam ini untuk menjadi renungan segenap masyarakat yang mengunjungi Laman PaK Su.

Pak Su suka doakan agar kesihatan dan kebahagiaan bersama anda & keluarga sebab bila kita berkeluarga, ada anak. Anak itu adalah aset yang paling berharga, malah ia lebih berharga lagi jika dibandingkan dengan Emas yang sentiasa naik harganya  mahupun banglo di kawasan premier di Bandar Raya.
Gambar Hiasan: Banglo di Kota Raya

Gambar hiasan: Jongkong emas

Sebab apa PaK Su cakap begitu??



Kerana segala aset emas & rumah banglo di kawasan premier di Bandar Raya akan kita tinggalkan apabila kita kembali ke alam abadi yang pasti akan tiba nanti.


Tapi anak, tidak kita tinggalkan mereka di dunia ini tanpa faedah. Anak akan menjadi aset yang tidak ternilai hebatnya dan cukup besar bantuannya untuk kita di alam sana. Lebih hebat dividennya dari ASB / ASN / ASW dan segenap amanah saham di dunia ini.

Kerana daripada anak, akan datangnya kiriman doa yang terus melangkau ke alam sana untuk membahagiakan kedua ibu bapanya. Tiada lagi hubungan dunia dengan mereka yang telah mati melainkan 3 perkara dan salah satunya ialah Doa oleh Anak kepada ibu bapanya.



Namun ada syarat besar yang perlu dipenuhi dan ia menjadi tanggungjawab bersama ibu dan bapa semasa hidup di dunia iaitu untuk menjadikan anak-anak mereka memegang Darjah Kebesaran yang lebih hebat dari kurniaan Sultan iaitulah Darjah Soleh & Solehah.

Gambar Hiasan: Doa Anak Soleh & Solehah.

Moga bertemu lagi dalam Segmen PeSan PaK Su di malam Jumaat akan datang. Teruskan mengunjungi Laman PaK Su.

Monday, 7 May 2012

PaK Su Belajar Buat Poster..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Di malam yang dingin lagi aman damai ni PaK Su mendoakan agar tamu laman paksu sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia disamping keluarga tercinta.

Paksu nak share knowledge dengan tamu laman Paksu bahawa dalam Pengajaran & Pembelajaran di sekolah, politeknik, Institusi Kemahiran, malahan di universiti setiap pelajar akan diberi tunjuk ajar oleh Pensyarah / Pengajar dengan menggunakan Audio Visual AID (AVA).

Gambarajah 1: Contoh AVA yang sering digunakan.


AVA ni ada pelbagai jenis dan masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. Seminggu yang lalu, Alhamdulillah PakSu walaupun tua2 ni (adult learner) telah belajar dengan Guru paksu yang namanya En Iskandar mengenai serba sedikit bagaimana kita boleh membangunkan poster.


Gambarajah 2: Pyramid of Learning Methods.


Seronok juga Paksu belajar buat poster guna Adobe Photoshop. PaK Su rasa sangat teruja masa belajar software tu dan gembira sangat bile dah berjaya paksu hasilkan karya sulong paksu menggunakan software Adobe Photoshop. Poster projek yang diilhamkan oleh PaK Su ni adalah bersempena dengan pelancaran model revolusi Proton iaitu Preve.

Berikut hasil karya PaK Su sebagai budak baru belajar.

Gambarajah 3: Poster Hasil Karya Sulong PaK Su



Thursday, 3 May 2012

Pelakon Bob Kuman kembali ke Rahmatullah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..


Paksu doakan semoga tamu Laman Paksu akan sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan ceria dalam mengharungi hidup yang sementara di dunia ini..

Nukilan Paksu malam ini akan mewar - warkan bahawa Pelakon dan Pelawak Sedara Bob Kuman telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini 3 May 2012 pada jam 4.38 Ptg di kediamannya di Kota Damansara.

Bob Kuman menafikan fitnah.


Paksu pada mulanya sukar hendak menyebarkan berita ini berikutan pernah tersebarnya fitnah mengenai kematian Bob Kuman suatu ketika dulu. Namun setelah mendapat penjelasan melalui rakan - rakan blogger dan artikel yang disiarkan di Sinar Harian Paksu yakin kali ini bukan fitnah.


Justeru Paksu ambil kesempatan ini untuk menyeru Tamu Laman Paksu supaya dapat kita hadiahkan bacaan Al-Fatihah untuk Arwah Bob Kuman dan sama- sama berdoa moga ditempatkan beliau bersama orang yang soleh.
AL-FATIHAH...

Bob Kuman dalam kenangan.


Dikesempatan ini juga wajar kita muhasabah diri dan mengingati bahawa kehidupan ini hanya sementara dan kita akan kembali ke alam yang selamanya..

Renung-renungkan..

Wednesday, 2 May 2012

Laman Paksu Mula Beroperasi..

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Paksu ucapkan selamat datang ke blog paksu yang akan beroperasi bermula tanggal post ini diterbitkan..

Pertama sekali Paksu doakan semoga kesihatan & keselamatan sentiasa bersama semua tamu "Laman Paksu".

Gambar Hiasan: Teratak di Laman Paksu menanti kunjungan

Sebagai pengenalan, Laman Paksu akan mengupas segala perkembangan mengenai isu - isu Semasa, aspek pendidikan teknikal, dan apa jua aspek yang paksu rasa ingin diulas dan dikongsikan bersama anda semua.

Paksu sangat mengalu - alukan sebarang komen dan pendapat terhadap apa jua artikel yang paksu akan kongsikan di Laman Paksu ini.

Gambar Hiasan: Laman Paksu dibuka untuk kunjungan.
Sila follow Laman Paksu untuk mendapatkan info yang paksu kongsikan dengan cepat dan segar dari laman.


Nantikan post Paksu yang berikutnya yang pastinya menarik untuk diketahui umum.