Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Apa Khabar sekalian tamu laman PaK Su hari ini?
Moga sentiasa sihat dan berbahagia selalu tidak kira dimana jua anda berada.

Hari ini, 16 Mei 2012 PaK Su suka ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru - guru PaK Su sejak dari bangku sekolah hinggalah PaK Su kini di kerusi empuk dunia pekerjaan.



Guru merupakan insan yang sangat mulia tarafnya di mata masyarakat begitu juga di sisi Allah. Keringat yang dicurah mendidik anak bangsa tidak pernah diminta balas.

Hari ini PaK Su nak menyatakan rasa Terima Kasih yang tidak terhingga pada Guru PaK Su yang disayangi selalu iaitu YM Tn Guru Syeikh Haji Md Radzi Haji Hanafi, Pewaris Mutlak Silat Cekak yang juga merupakan Guru Utama Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia.

YM Tn Guru Syeikh Haji Md Radzi Hj Hanafi


PaK Su juga nak kongsi berita yang baru - baru ini amat membanggakan seluruh Pengamal Silat Cekak Hanafi di Malaysia dan seluruh dunia.

Berikut petikan berita: Sumber SilatCekakHanafi.Org

Kuala Lumpur 12 Mei – YM Syeikh Hj Md Radzi bin Hj Hanafi telah dianugerahkan MERIT OF EXCELLENCE daripada Asia Pacific Open University of Martial Arts ( APACMA) Kuala Lumpur. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Naib Canselor Asia Pacific Open Universiti, Prof Dr. Abang Zainal bin Abang Abdul Latif.


Anugerah Merit of Excellence


YM Syeikh Hj Md Radzi menerima penghormatan tersebut dalam satu Majlis Makan Malam Menghargai Guru Seni Beladiri dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman anjuran Asia Pacific Open University of Martial Arts (APACMA) bertempat di Saloma Theater Restaurant, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Menandatangani Memorandum Persefahaman


YM Syeikh Hj Md Radzi menerima anugerah tersebut sebagai mengiktiraf penglibatan dan sumbangan beliau sebagai pemimpin silat dan beladiri yang banyak memainkan peranan di dalam pembangunan beladiri serta mengekalkan warisan bangsa.

Anugerah Penghargaan oleh Dato' Seri Utama Dr. Mohamad Fairus Khairuddin


Di dalam majlis yang sama, YM Syeikh Hj Md Radzi juga telah menerima watikah perlantikan sebagai ahli senat Asia Pacific Open University of Martial Arts.(APACMA). Beliau juga mewakili Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Ustaz Hanafi) menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama antara APACMA dan ahli gabungan.

Ahli Senat APACMA


Turut hadir di dalam majlis tersebut Dr Zam Ab.Razak Hj Zamri, Ketua Pegawai Eksekutif APACMA dan Dato’ Seri Utama Dr. Mohamad Fairus Khairuddin, Ketua Majlis Senat APACMA.

Seramai 148 guru-guru beladiri dan wakil persatuan masing masing telah hadir memeriahkan majlis tersebut serta menerima sijil penghargaan di atas usaha mengembangkan beladiri di negara ini.



No comments:

Post a Comment