Thursday, 10 May 2012

Segmen PeSan PaK Su.. Gembira Berkeluarga.


Asslamualaikum & Salam Sejahtera..

Apa khabar tamu Laman PaK Su hari ini? PaK Su doakan semuanya sihat dan gembira bersama keluarga tidak kira dimana anda berada.

Malam ini, malam Jumaat 10 Mei 2012, PaK Su nak umumkan satu segmen khas yang akan berterusan InsyaAllah iaitu "Segmen PeSan PaK Su". Segmen ini akan PaK Su usahakan untuk dikeluarkan pada malam Jumaat setiap minggu / sekurang - kurangnya 2 kali sebulan berkuatkuasa malam ini untuk menjadi renungan segenap masyarakat yang mengunjungi Laman PaK Su.

Pak Su suka doakan agar kesihatan dan kebahagiaan bersama anda & keluarga sebab bila kita berkeluarga, ada anak. Anak itu adalah aset yang paling berharga, malah ia lebih berharga lagi jika dibandingkan dengan Emas yang sentiasa naik harganya  mahupun banglo di kawasan premier di Bandar Raya.
Gambar Hiasan: Banglo di Kota Raya

Gambar hiasan: Jongkong emas

Sebab apa PaK Su cakap begitu??



Kerana segala aset emas & rumah banglo di kawasan premier di Bandar Raya akan kita tinggalkan apabila kita kembali ke alam abadi yang pasti akan tiba nanti.


Tapi anak, tidak kita tinggalkan mereka di dunia ini tanpa faedah. Anak akan menjadi aset yang tidak ternilai hebatnya dan cukup besar bantuannya untuk kita di alam sana. Lebih hebat dividennya dari ASB / ASN / ASW dan segenap amanah saham di dunia ini.

Kerana daripada anak, akan datangnya kiriman doa yang terus melangkau ke alam sana untuk membahagiakan kedua ibu bapanya. Tiada lagi hubungan dunia dengan mereka yang telah mati melainkan 3 perkara dan salah satunya ialah Doa oleh Anak kepada ibu bapanya.



Namun ada syarat besar yang perlu dipenuhi dan ia menjadi tanggungjawab bersama ibu dan bapa semasa hidup di dunia iaitu untuk menjadikan anak-anak mereka memegang Darjah Kebesaran yang lebih hebat dari kurniaan Sultan iaitulah Darjah Soleh & Solehah.

Gambar Hiasan: Doa Anak Soleh & Solehah.

Moga bertemu lagi dalam Segmen PeSan PaK Su di malam Jumaat akan datang. Teruskan mengunjungi Laman PaK Su.

No comments:

Post a Comment